Lirik Lagu Orang Berjuang – Al-Farabi Band

Berjuang mesti berkorban dan pasti terkorban
Berjuang mesti berkorban dan pasti terkorban

Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin papa jadi tradisi
Berenggang anak dan isteri

Biasanya para pejuang rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tak terbilang
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tak terbilang

Berjuang mesti berkorban dan pasti terkorban

[by : http://liriklagu.biz]

Tidak kurang sayang padanya
Orang lain mati di lupa
pejuang tetap di kenang
Sejarahnya di tulis orang
Makamnya sentiasa di ziarahi
Walau perjuangan tak berjaya
Makamnya sentiasa di ziarahi
Walau perjuangan tak Berjaya

Berjuang mesti berkorban dan pasti terkorban

Leave a Reply