Lirik Lagu Idola – Azlan & The Typewriter

Pupus kini lunak suara
Lenyap sempurna, tiada terkata
Namun masih ada di dunia
Pengorbanannya, perjuangannya

Ku nyanyikan lagu yang kau laung dulu
Untuk sembuhkan duka lara ku
Walaupun tidak bersua
Bagi ku engkau lagenda

Damailah di sana
Bebas di angkasa
Lahirkanlah jiwa abadikan cinta
Moga bercahaya di atas kurnia
Sentiasa bersama dengan-Nya

Luput kini tutur bahasa
Hilai tawanya, senyum manisnya
Namun masih ada di dunia
Pengorbanannya, perjuangannya

Ku nyanyikan lagu yang kau laung dulu
Untuk sembuhkan duka lara ku
Walaupun tidak bersua
Bagi ku engkau lagenda

Damailah di sana
Bebas di angkasa
Lahirkanlah jiwa abadikan cinta
Moga bercahaya di atas kurnia
Sentiasa bersama

Berpandukan teori hidup mu yang lalu
Ku sambung perjalanan jauh
Yang harus ditempuh durinya
Hilang tiada tumbuh ganti larut
Meninggalkan rasa pilu sedih sebak hiba
Kerana engkau idola

Lahirkanlah jiwa abadikan cinta
Moga bercahaya di atas kurnia
Sentiasa bersama dengan-Nya

[by : http://liriklagu.biz]

Damailah di sana
Bebas di angkasa
Lahirkanlah jiwa abadikan cinta
Moga bercahaya di atas kurnia
Sentiasa bersama dengan-Nya

Namun masih ada di dunia
Pengorbanannya, perjuangannya