Lirik Lagu Enjut – Noraniza Idris ft Cat Farish & Adeep

Hei nak melentur buluh biarlah dari rebungnya
Dah keras kematu tak tahu mana arahnya

Takkan rencong mana arah mu
Bercabang atau pun bersilang
Rimbunan patah mana kau mahu
Menjulang atau pun jatuh ke bumi

Layu… layu dan terbuang
Dibawa angin tanpa hala
Aduh mana pergi

Ke mana terbang hendak terbang
Gelita hari penuh walang
Lantas kau kembali

Enjut enjut
Enjut ala ramai enjut
Enjut jangan tak enjut
Enjut mari-mari enjut

Enjut enjut
Enjut ala ramai enjut
Enjut nak tak enjut
Enjut ramai-ramai enjut

Dan berlagu
Mari kita mengenjut-ngenjut
Ikut rentak raggaethon gabungkan
kita gerakkan tari yang asli

Ke kiri ke kanan
Goyangkan badan halus gerak geri
Jari jemari bersama diserikan

Tegak atau rencong mana arah mu
Bercabang atau pun bersilang
Rimbunan patah mana kau mahu
Menjulang atau pun jatuh ke bumi
Pulang pulang engkau pulang
Ke akar umbi pangkal jalan
Ramai menanti mu
Ke sini duduk diam-diam
Usahlah lagi kau tenggelam dalam kesamaran

Enjut enjut
Enjut ala ramai enjut
Enjut jangan tak enjut
Enjut mari-mari enjut

Enjut enjut
Enjut ala ramai enjut
Enjut nak tak enjut
Enjut ramai-ramai enjut

Kencang nafas berdenyut nadi bagai kuda lari
Begitulah hati
Ke tepi duri-duri melingkari
Derasnya air membanjiri
Hunuskan kata sakti

[by : http://liriklagu.biz]

Galak dicanang dagangan orang
Gelanggang haus bidang ke bidang
Pupus tradisi berkumandangan ghasidah
Tidak pelesit bersangkar
Memajak butakan buru penunggu kota
Meraba-raba pulang ke pangkal desa
Melaung sesat hingga ke akar umbi
Dicari di mana hilangnya jati diri

From: Myrul95 myrulkhan95@yahoo.com.my

Leave a Reply