Lirik Lagu Boria Miskin Kaya – Senario

Assalammualaikum kami ucapkan
Kepada semua rakan-rakan dan taulan
Boria miskin kaya kami persembahkan
Mari dengar jangan malu jangan segan

Assalammualaikum kami ucapkan
Kepada semua rakan-rakan dan taulan
Boria miskin kaya kami persembahkan
Mari dengar jangan malu jangan segan
Ewahh

Hari-hari aku goreng nasi ikan bilis
Sebulan sekali makan daging masak kari
Hari-hari aku makan pizza dan spaghetti
Sampai tengok nasik pun dah tak lalu lagi

Miskin atau kaya sementara saja ewahh
Harta bukan boleh beli tiket masuk syurga
Miskin atau kaya ahai sama saja
Lebih besar periuk hai lebih banyak keraknya ewahh

Negara kita takda yang papa kedana
Tapi ramai yang pura-pura miskin hina
Itu muslihat untuk menipu yang kaya
Bila mati silakan masuk neraka jahanam

Negara kita takda yang papa kedana
Tapi ramai yang pura-pura miskin hina
Itu muslihat untuk menipu yang kaya
Bila mati silakan masuk neraka jahanam
Padan muka padan muka

Yang berharta berlumba nak jadi lebih kaya
Bila saham jatuh jadi muflis bertauliah
Kalau berharta ramai mengaku saudara
Bila dah muflis saudara entah ke mana

Miskin atau kaya sementara saja a la la ewahh
Harta bukan boleh beli tiket masuk syurga aha lah
Miskin atau kaya ahai sama saja ye ke
Lebih besar periuk hai lebih banyak keraknya

[by : http://liriklagu.biz]

Miskin atau kaya sementara saja
Harta bukan boleh beli tiket masuk syurga mana ada
Miskin atau kaya ahai sama saja
Lebih besar periuk hai lebih banyak keraknya

Miskin atau kaya sementara saja
Harta bukan boleh beli tiket masuk syurga
Gila ka apa

Leave a Reply