Atas Langit Ada Langit – Mady Bee ft. Rahh 5 Kaki & Dment Si Lain

Dongak keatas dan selaklah awan
Lihat apa yang ada kita pasti terkilan
Itulah kehidupan yang kadang-kadang kurang sopan

Bila baik kadi jahat
Yang jahat jadi ikutan
Bila jahat jadi baik
Yang baik jadi hairan

Perhentian perjalanan dalam pengalaman
Pengalaman macam tayar buat pusingan
Pusingan hasil putaran semua pasti digilingkan

Jangan terlalu selesa
Fikirlah esok lusa
Jika hari sabtu rancanglah hari selasa
Jadual untuk hidup tak semestinya sama

Berubah-ubah macam kita berpijak dimana
Berlumba-lumba siapa terbaik? terbalik?
Rimakata menarik untuk hasil umpan tertarik
Jadi dari itu dengar dan bawak balik
Terokailah rimba minda seluas langit…

Aku perlu sedar atas langit ada langit
Rezeki ini barangkali cuma nasib
Apa mungkin aku perlu catit lagi cantek
Buat bekalan bila ku di bawa naik

Aku perlu sedar atas langit ada langit
Rezeki ini barangkali cuma nasib
Apa mungkin aku perlu catit lagi cantek
Buat bekalan bila ku di bawa naik

Dari pemerhatian ku perhatikan sendirian
Dalam kekalutan hidup tak banyak yang difirkan
Sibuk kejar mimpi dan perhatian

Celik tapi buta
Bukannya tak cerdik tapi lupa
Lali dengan benda kita suka kita serupa
Memang bila diuji terus teruja
Tak ada siapa sempurna sifat dan sikap
Tapi boleh cuba untuk tak fuck-up dari silap
Harap bila ditimbang segalanya seimbang

Bila hidup kita bebas aku bimbang
Tiada teman bincang
Tentang perkara seribu maksud
Rahsia disingkap lalu taksud dengan termaktub

Mereka kata aku karut
Biar berpatuh nasib
Bertaruh kasih untuk hari aku jatuh sakit
Atas langit ada langit dalam tujuh petala
Tetap bukan yang terbaik walau kukuh berhala

Aku perlu sedar atas langit ada langit
Rezeki ini barangkali cuma nasib
Apa mungkin aku perlu catit lagi cantek
Buat bekalan bila ku di bawa naik

Aku perlu sedar atas langit ada langit
Rezeki ini barangkali cuma nasib
Apa mungkin aku perlu catit lagi cantek
Buat bekalan bila ku di bawa naik

Matakail cantek molek
Carik kain siumpan tertarik
Coret carutan dicelah awan sebelum langit
Namun tiada siapa yang sudi merungkai nasib

Cuma yang ada ludah jatuh ke muka balik
Dari jalanan aku lukis dikertas hitam
Walau sudah terpadam
Masih ada yang berdendam

Sedar dalam gelap mencari jalan keluar
Tanpa pendayung sesat dilautan benua
Senyap dan sunyi teman air ku berbunyi
Basahkan jari tunjuk ke langit mencari angin

Lihat cahaya terpancar bukan ungun api
Dengan hasrat ingin tahu aku cuba mendekati
Selami dalam realiti bernafas dialam fantasi
Terjun laut kibas tangan dan kaki
Jarak semakin hampir
Aku terfikir…

Apa guna kompas dileher membazir
Aku membazir..

Aku perlu sedar atas langit ada langit
Rezeki ini barangkali cuma nasib
Apa mungkin aku perlu catit lagi cantek
Buat bekalan bila ku di bawa naik

Aku perlu sedar atas langit ada langit
Rezeki ini barangkali cuma nasib
Apa mungkin aku perlu catit lagi cantek
Buat bekalan bila ku di bawa naik

Aku perlu sedar…
Aku perlu sedar…
Aku perlu sedar…
Aku perlu sedar…
Aku perlu sedar…
Aku perlu sedar…
Aku perlu sedar…

[by : http://liriklagu.biz]

Atas langit ada langit

Aku perlu sedar…
Aku perlu sedar…
Aku perlu sedar…
Aku perlu sedar…
Aku perlu sedar…
Aku perlu sedar…
Aku perlu sedar…

Leave a Reply