Lirik Kaum Kerabat – Amuk

Sekupang selonggok rambutan
Seringgit sekebun durian
Bersembang usahlah temberang
Nanti hidupmu tak keruan

Korus
Nan berselut akar
Pucuk berjuntai
Daun rimbun melambai-lambai
Air yang dicincang pastinya kan bertaut
Akal direndam tak reput

Usahlah berpaut diranting mati
Kelak patah gugur ke bumi
Carilah dahan kukuh di pohon meranti
Hati bertambah berani

Usah hilang semangat jebat
Usah hilang kaum kerabat

Berdendang marilah berdendang
Berdendang mengikut paluan
Usahlah kau ketinggalan
Ayun tangan kita rayakan

Berdendang marilah berdendang
Berdendang mengikut paluan
Bersembang usahlah temberang
Nanti hidupmu tak keruan

Ulang Korus

Usah hilang semangat jebat
Usah hilang kaum kerabat

[by : http://liriklagu.biz]

Berdendang marilah berdendang
Berdendang mengikut paluan
Usahlah kau ketinggalan
Ayun tangan kita rayakan

Berdendang marilah berdendang
Berdendang mengikut paluan
Bersembang usahlah temberang
Nanti hidupmu tak keruan

Leave a Reply