Category Archives: Jamal Abdillah

Lirik Lagu Bahagia Sementara – Jamal Abdillah

Tak pernah aku meraguimu kau menawanku
Hadirmu merawat sepi di ruang hati ini
Kau meyakinkan duka berakhir menjelma bahagia
Tapi mengapa kau pula pergi ketika kasih mekar

Katakanlah mengapa perpisahan yang kau pinta dariku
Mengorbankan kasih cinta kita oh mengapa?
Katakanlah apa salah dan silapku padamu kekasih
Di manakah keadilanmu kepadaku?

Berbeza benar pendirianmu
Berubah hanya sekelip mata
Mengapa kasih bahagia kita sementara

Katakanlah mengapa perpisahan yang kau pinta dariku
Mengorbankan kasih cinta kita oh mengapa?
Katakanlah apa salah dan silapku padamu kekasih
Di manakah keadilanmu kepadaku?

Berbeza benar pendirianmu
Berubah hanya sekelip mata
Mengapa kasih bahagia kita sementara

Kerana ini permintaanmu ku akur sahaja
Melupakanmu tak semudah itu
Kerna kau terlalu istimewa

Lirik Lagu Berdendang Dalam Tangisan – Jamal Abdillah

Telah lama ku akur dengan kehendakmu
Mengapa sekarang dia pula yang engkau sanjung
Kerna dia kerna dia oh oh
Kerna dia kita terpisah

Telah kita janji sehidup semati
Mengapa sanggup engkau nodai cinta suci ini
Kerna dia kerna dia oh oh
Kerna dia harapan musnah

Bunga bukan sekuntum
Lagi pun tidak lama harum
Bukan hendak cakap sombong
Cuma tak sanggup diri dibohong
Ah ah

Berkasih di tengah sempadan
Sumpah dan janji kau jadikan mainan
Berdendang di dalam tangisan
Cari jawapan yang benar atau bukan
Menaruh harapan
Biar ramai datang
Kau seorang tetap ku sayang

Lirik Lagu Aku Penghibur – Jamal Abdillah

Ku nyanyikan lagu ini
Lagu riang dan gembira
Ke marilah dikau bersama
Menyanyikan lagu indah

Ku bisikkan kepad mu
Irama cinta nan murni
Ku ingin dikau bahagia
Tiada duka nestapa

Laguku jadikan temanmu
Penawar hati rindu
Diriku usah kau kenangkan
Aku penghiburmu

Terimalah persembahan
Dariku yang berkelana
Semoga dapat menghiburkan
Dirimu selama lama

Lirik Lagu Aku Maafkan Kamu – Malique ft Jamal Abdillah

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Continue reading

Lirik Lagu Tak Hilang Cinta Di Dunia – Jamal Abdillah

Ku hanya menagih cinta
Menulis kerinduan
Ku selalu menyeru namamu
Tanpa jemu dan ragu

Ku menulis puisi cinta
Dari sepi malam yang gelita
Hingga gemuruh siang
Agar cinta ini mekar selamanya

Korus
Tak hilang cinta di dunia
Walau beribu tahun
Oh Tuhan tolonglah aku
Abadikan cinta ini

Walaupun terluka jiwaku merana
Kan ku pasrah untuk bercinta lagi
Ku terus bercinta dan dicinta untuk selamanya

Cinta yang hadir menilai kesucian hati
Saling mengerti akan berkekalan

Ulang Korus

Selamanya
selamanya

Ulang Korus