Lirik Lagu Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

Sesuci di hening subuh sunyi
Sesuci terdengar nurani
Sesuci salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran terasa kesayuan
Lebaran takbir bersahutan
Lebaran memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

Korus
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira

Google This?:

  • lirik lagu sesuci lebaran
  • lirik lagu sesuci lebaran by siti nurhaliza
  • sesuci lebaran lirik