0

Lirik Lagu Seorang Gadis – Nowseeheart



Ada seorang gadis termenung di jendela
Memikirkan nasibnya yang telah ternoda
Terpinggir terhina
Kerna dosa-dosa silamnya

Ibunya telah tiada
Begitu juga ayahnya
Mengharungi dunia tanpa pedoman di jiwa
Keliru hatinya antara syurga dan neraka

Pada siapa harus dipinta
Secebis rasa seulit mesra
Di akhir noktah usia dirinya
Yang akan berhenti jua

Deraian air mata menangisi dosanya
Rebah dia mengharap keampunan Tuhannya
Serta ketenangan
Mengharungi dunia yang fana

Umurnya masih muda remaja
Tetapi terleka kerana
Nafsu yang mengaburinya
Namun Tuhannya masih cintakan dirinya
Walaupun dosanya selautan dunia

Mengapa perlu berasa
Berjauhan dari Yang Esa
Sedangkan Allah sentiasa merahmati hamba-Nya
Yang sering terlupa leka dan alpa terhadap-Nya

Pada siapa harus dipinta
Secebis rasa seulit mesra
Di akhir noktah usia dirinya
Yang akan berhenti jua

Harapannya subur kembali
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan jalan kebahagiaan
Mengukir ceria membenam segala kecewa

Google This?:

  • lagu seorang gadis
  • seorang gadis kentrung lirik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge