Lirik Lagu Madah Berhelah – Ziana Zain

Di dalam sendu yang teramat
Kulihat senja nan berlabuh
Dan malam pun melepas layar
Kaku aku disini
Bersama harapan terbakar

Siapa diantara kita
Yang dulu memula sengketa
Pastinya diriku bagimu
Yang engkau anngap punca
Biarpun ketara engkau yang mula

Korus
Bukan sekali
Kau suarakan kebimbangan
Pada cintaku kau tak mampu
Bersendirian tanpaku

Itu semua lembut lidah manis madah
Penuh helah yang pastinya
Aku adalah sandaran

Bagai hilang semangat ini keyakinanku
terlebur kini

Sesungguhnya kau ku sanjung tinggi
Bererti hanya kau dihati
Sayangnya kejernihan cinta
Yang mencermin setia kau keruhkan warnanya

2 thoughts on “Lirik Lagu Madah Berhelah – Ziana Zain”

Comments are closed.