Lirik Lagu Cinta Tak Kenal Siapa – Aris Ariwatan

Tidak salah rasanya
Andai ku memuja
Anggun di wajah mu
Kerna hati ini telah tertawan

Cinta tak kenal siapa
Hadir tanpa dipaksa
Walau berkecai badan
Melepaskan mu
Aku rela berputih tulang

Yang tak sanggup aku lihat
Engkau dipimpin oleh insan lain
Dan tak sanggup aku dengar
Tentang keburukan mu

Hendak ku hampiri mu
Untuk ku luahkan semuanya
Sayangnya lidah ku kelu
Apa lagi yang harus ku perbuat
Agar kau mengerti maksud tersirat

Maka terpaksalah aku melepaskan
Apa yang telah tersimpan sekian lama
Aku cintakan mu aku perlukan mu
Untuk mengisi ruang kekosongan

Kau merenung bersahaja
Lalu kau tersenyum tanda rela

Yang tak sanggup aku lihat
Engkau dipimpin oleh insan lain
Dan tak sanggup aku dengar
Tentang keburukan mu

Kemarilah kekasih
Tak perlu kau menoleh
Aku di depan mu bukanlah bayang
Ku ingin cipta sejarah
Sejarah indah dengan mu

Maka terpaksalah aku melepaskan
Apa yang telah tersimpan sekian lama
Aku cintakan mu aku perlukan mu
Untuk mengisi ruang kekosongan

Kau merenung bersahaja
Lalu kau tersenyum tanda rela