Lirik Lagu Bukan Untukmu – Ariz ft Kat

Korus – Kat
Apa pun yang kau mahu
Pasti tiada di sini
Boleh cuba di sana
Ku bukan untukmu
Apa pun yang kau cari
Pasti tiada dengan ku
Boleh cuba dengannya
Ku bukan untukmu

Ariz
Nak cerita seorang gadis manis
Digila lelaki didengki gadis
Kalau bukan dari sini mesti Paris
Ku sapa dengan ‘hello saya hariz’
34-26-34
Rambut ikal lepas tak berikat
Tiff di leher berkilat memikat
Chanel nombor 5 pasti terpikat
Excuse me miss, awak nampak menawan
Belakang badan elok kerengga pun tak terlawan
Manolo sepatu, Gucci di badan sepadan
Prada di tangan citarasa tiada sempadan
Niat baik, cuma nak berkawan
Jangan segan, kalau segan boleh ajak kawan
Boleh ketawa atau berbual dengan waras
Sangka dia setuju? Ini yang dia balas

Ulang korus – Kat

Ariz
Cabaran kali ni sedikit berat
Ku dipaksa kerah tulang empat kerat
Perlu cergas, tak buang masa
Terjumpanya lagi besok lusa
Bertemankan mamat badan perkasa
Dia nampak kekok, nampak tak selesa
Muka yang manis sudah semasam cuka
Penuh duka, aku suka
Aku perhati gerak-geri
Tiba-tiba si laki bangun meminta diri
Apa lagi aku menghampiri
Nah, tiada ragu, ku sapa dia lagi
‘Ingat tak dua hari lalu?
Saya ajak berbual tapi awak malu’
Ku harap jawapan elok yang dia beri
Aku tewas lagi, ini yang dia beri

Ulang korus – Kat

Ariz
Okay, ini semakin kritikal
Terduduk aku macam jatuh basikal
Ditolak dua kali oleh gadis sama
Cara kurang laku macam handphone lama
Cuba lagi ubah percaturan
Pesan dari guru ikut peraturan
Lebihkan jujur dan keikhlasan
Qarma kan baikkan balasan
Jadi aku chill…ichi ni san
Nampak dia tapi konon tak perasan
‘Hai, awak yang semalam tu kan? Kan??’
Dia pula yang memulakan
Ku pasti ku tak bertepuk sebelah tangan
Ini realiti bukan angan-angan
Aku hampir dapat apa yang diidamkan
Namun kecewa bila ini yang diucapkan

Ulang korus 2x – Kat

Google This?:

  • ariz bukan untukmu lirik
  • bukan untukmu lirik
  • bukan untukmu ariz lirik

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *